For Advertorial , Please email teloritik1@gmail.com

Saturday, May 28, 2016

Petua Kecantikan Nenek Moyang

Confirm korang semua masih ingat petua yang diajar oleh nenek moyang. Yang paling dipatuhi ialah PANTANG LARANG yang nenek moyang kita bagitahu. Antaranya, jangan duduk atas bantal , nanti naik bisul. TI rasa memang semua orang takut nak duduk atas bantal masatu. Tak ke susah kalau naik bisul. Lagi-lagi time nak duduk . Memang tak duduk lah jawabnya. Huahahaha.


Biasanya, petua-petua dari nenek moyang, insyaAllah berhasil sebab hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi je. No Chemical! 


Bagi TI if ada masalah, memang petua orang dulu-dulu je lah penyelesaiannya. 

Nak cantik? Ni TI nak kongsi petua kecantikan :)

PENJAGAAN KULIT MUKA
  • Nak kulit muka licin, tiap-tiap malam pakai bedak sejuk. ( yang ni nenek buat sendiri dengan beras, sekarang banyak dah jual dimerata-rata tempat )
  • Masa basuh muka setiap pagi baca selawat nabi, niat dalam hati nak sebersih muka nabi Yusuf, air diraut keatas. (nenek saya cakap kalau nak nampak berseri kenalah rajin ambik air sembahyang dan sembahyang, yang ni saya faham sebab dia nak kita jangan tinggal solat )
  • Kena rajin makan buah tomato, makan ulam-ulaman mentah. ( ulam-ulaman ni memang terbukti banyak khasiatnya )
  • Jangan selalu basuh muka bila cuaca panas, nanti cepat naik panau.
  • Masker pakai lendir lidah buaya.
  • Ambil air embun diwaktu pagi dan disapu kemuka ( yang ini saya tak pasti kenapa tapi biasalah orang tua-tua banyak petuanya )
  • Sesekali wapkan muka dengan air rebusan nasi yang sedang menggelegak.
  • Jerawat jangan dipicit dengan kuku. Ini boleh merosakkan kulit dan meninggalkan parut.

PENJAGAAN RAMBUT
  • Bunga raya yang bersih diramas sehingga keluar lendir, kemudian dicampur dengan telur ayam kampung. Sapukan pada rambut dan dibiar selam 10 minit baru dibilas. Boleh diamalkan seminggu sekali atau 2 kali.
  • Kalau selesai membasuh rambut , hanya ditekap-tekap dan diperah dengan tuala dan balut dengan tuala.
  • Jangan disikat rambut ketika basah dan dibiar kering secara semulajadi untuk mengelakkan rambut putus dan gugur.
  • Jangan diikat sewaktu lembab.

PENJAGAAN KULIT BADAN
  • Jangan terus mandi ketika badan sedang panas.
  • Elak mandi air panas, untuk mengelakkan kulit kering.
  • Rajin-rajin sental badan ( dulu-dulu nenek suruh saya sental dengan batu sungai untuk hilangkan daki dibadan )
  • Kalau ada luka di kulit badan , jangan di balut, hanya sapukan ubat dan dibiar terbuka supaya luka cepat kering.
  • Kadang-kadang nenek saya rajin buatkan air bunga-bungaan , untuk mengharumkan bau badan.

BIBIR MERAH
  • Sapu madu asli dibahagian bibir setiap malam.

Buat jahat dimaki, Buat baik dikritik

"Buat jahat dimaki, Buat baik dikritik"


Berikut adalah petikan status facebook Safiey Illias yang merupakan pengasas produk kecantikan di Malaysia dan merangkap usahawan muda terkaya di Malaysia. 

Seperti yang Malaysia tahu, beliau baru sahaja berhijrah dan kembali kepada fitrah sejak beberapa bulan yang lalu. 

Setelah anda membaca statusnya di facebook, apa komen anda?

Friday, May 27, 2016

Giveaway Carian Homestay Malaysia



Giveaway Carian Homestay Malaysia

Jom sertai contest yang dianjurkan oleh owner coretananuar.com . Nak menang sangat mudah! Hanya teka nama homestay di atas dan menang. Cepat-cepat daftarkan diri menyertai giveaway ini. Wang tunai berjumlah lebih dari RM500 untuk diberi kepada pemenang.

Sekiranya anda mahu menyertainya, sila klik banner di atas.

Dan jika anda mencari homestay untuk di sewa, sila klik banner di bawah.



Thursday, May 26, 2016

Resepi Biskut Raya 2016

Ramadan semakin dekat, jom buat biskut raya sendiri. Lebih afdal daripada biskut tunjuk. Uhukk




BANGKIT SUSU
Biskut Daisy
Biskut Afghan
Biskut Aiskrim Nestum
Biskut Aiskrim Strawberry
BISKUT ALAMANDA
Biskut Amor Aiskrim
Biskut Angry Bird
Biskut Arab
Biskut Ayam
Biskut Badam
BISKUT BAHTERA DIRAJA
Biskut Batang Buruk
Biskut Batang Buruk Popia Mini
Biskut Belinjau
Biskut Bintang Kejora
Biskut Bola Kristal
Biskut Bright Eye Susan
Biskut Buah Kana
Biskut Buah Pinggang
Biskut Bubble Rice
Biskut Bunga Cina
Biskut Bunga Zahra
Biskut Butang
Biskut Cendawan
Biskut Cereal Blend
Biskut Cerelac
Biskut Cheese
Biskut Chocolate Pretzel
Biskut Cincin
Biskut Cip Coklat Putih
Biskut Coco Crunch Cookies
Biskut Coffee Bean
BISKUT COKLAT CHIP BERKACANG SEDAP
Biskut Coklat Collata
Biskut Coklat Swirl
Biskut Coklat Urai
Biskut Coklat Zebra Daisy
Biskut Comot Coklat
Biskut Cornflakes Madu
BISKUT CREAM CHEESE
Biskut Croquant
Biskut Dahlia
Biskut Dahlia Coklat
Biskut Dam
Biskut Denmark
Biskut Donut
Biskut Emping Jagung Nestum
Biskut Epal
Biskut Famous Amos
Biskut Fancy Ice Cream
Biskut Fantasia
Biskut Ferrero Rocher
Biskut Frambozen Kenari
Biskut Gajus
Biskut German
Biskut Goreng
Biskut Green Lace
Biskut Green Princess
biskut gula kipas
Biskut Halia
Biskut Hazelnut
Biskut Horlicks
Biskut Irish
Biskut Jagung
biskut jakarta
Biskut Jantung Hati
BISKUT JEJARI BADAM
BISKUT JEJARI NESTUM SUSU
Biskut Kacang Tanah
Biskut Kasih
BISKUT KEJU CHEDDAR
BISKUT KELAPA CERI BONDA
Biskut Kenari
Biskut Kentang
Biskut Kentang Beroat
Biskut Keracis
Biskut Kerisik
Biskut Kismis
Biskut Koko Rangup
Biskut Kopi
Biskut Kuaci
Biskut Kurma
Biskut Lamington
Biskut Lapis Cheese
Biskut Lemak
Biskut Lemon
Biskut Lidah Kucing
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Biskut Luscious Hazelnut Oat
Biskut M&M
Biskut Makmur
Biskut Mama Carey
Biskut Manggis
Biskut Marble Shortbread
Biskut Marble Susu Cappucino
Biskut Masam Manis
Biskut Matahari
Biskut Mazola
Biskut Mellow Brownies
Biskut Mentega Kacang Rangup
Biskut Meringue Kisses
BISKUT NESCAFE MUNCHIES
Biskut Nestum
BISKUT NESTUM KELAPA
Biskut Ovaltine
BISKUT PANDAN NESTUM
Biskut Peanut Butter
Biskut Pineapple Flintstone Roll
Biskut Pistachio Biscotti
Biskut Popia Nestum
Biskut Pustachio
Biskut Puteri Salju
Biskut Quaker Oats
Biskut Raya Tanpa Bakar
Biskut Raya Tanpa Telur
Biskut Red Pearl
Biskut Roda Warna Planta
biskut sampan
Biskut Samperit Pandan
Biskut Sarang Semut
Biskut Semperit
Biskut Senyum
Biskut Seroja
Biskut Sesame Squares
Biskut Snow Almond
Biskut Snowy
Biskut Sour Cream Chocolate Chip Cookies
Biskut Suji
BISKUT SUJI ALMOND
Biskut Suji Royal Brunei
Biskut Susu
Biskut Swiss Star
Biskut Tart Bunga Teratai
Biskut Tart Nenas Landak
Biskut Tat Epal
Biskut Tayammum
BISKUT TEDDY BEAR
Biskut Telur Rebus
Biskut Tembikai
Biskut Teratai Delima Hati
Biskut Tiramisu
Biskut Tutku
Biskut Udang Kering
Biskut Ulat Bulu
Biskut Vanila Oat
Biskut Vico
Biskut Viennese
biskut wafer coklat
Biskut Walnut
Biskut Warna-warni Rangup
Biskut White Truffle
Blueberry Crepe
Buat Biskut Raya
Caramel Macchiato Cheesecake
CASHEWNUT ICE CREAM COOKIES
CHEESEKUT MILO
CHEESY MAZOLA NESTUM
Choc Fudge Brownies
Chocolate Chip Oreo Cookies
CRISPY BALL NESTUM
Cupcake Oren
Cupcake Pelangi
Cupcake Strawberry
Cupcake Vanilla
Cupcake Velvet
Donut Nutella Dan Nestum
Dorayaki
Durian Crepe
Ebook
Kacang Tanah Goreng Pedas
Kek Asam Manis
Kek Batik Coklat
Kek batik jawa
Kek Black Forest
Kek Butter
Kek Carrot
Kek Cawan Coklat Kukus
Kek Durian
Kek Gula Hangus
Kek Jantung Pisang
Kek Karamel Pelangi
Kek Keju Coklat Baldu
Kek Krim Cheese Tanpa Guna Oven
Kek Lapis Sarawak
Kek Lobak
Kek Manggo Cheese
KEK MINYAK
Kek Opera
Kek Pop
Kek Span Pandan
Kek Velvet
Kek Waffer Mocha Chipsmore
Kek Yogurt Strawberi
Kerepek Bawang
Kerepek Ubi Kentang
Kerepek Ubi Pedas
Kuih Bahulu
Kuih Bangkit
Kuih Buah Rotan
Kuih Cakoi
Kuih Getas
Kuih Gunting
Kuih Jongkong
Kuih Kaswi
Kuih Koci
Kuih Lenggang
Kuih Lompanh
Kuih Penyaram
Kuih Puteri Mandi
Kuih Raya
Kuih Rempeyek
Kuih Ros
Kuih seri muka
Kuih Siput
Kuih tahi itik
MURTABAK BISKUT CRACKER
Panduan
Pau
Pizza
PUDING TRIFFLE
Putu Piring
Raisin Scones
Rempeyek
Resepi Puding Roti
Roti Ban
SNEK CONGO BARS
SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS

Untuk mendapatkan resepinya sila berkunjung ke blog Resepi Biskut

Saturday, May 21, 2016

Biodata Jiwa Dangdut Star

JIWA DANGDUT STAR 2016


Nama Sebenar: Muhammad Firdaus

Nama Komersial: Jiwa

Umur: 21 Tahun

Negeri Kelahiran: Pahang

Pencapaian: 
1. TOP 2 MENTOR LEGEND TV3 
2. FINALIS DANGDUT STAR

Juara Dangdut Star bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, pakej percutian ke Sydney, Australia dan trofi.

Naib Juara pula akan memenangi wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke Korea serta trofi

Manakala tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bali, Indonesia dan trofi. Sementara pemenang tempat keempat akan memenangi wang tunai RM10,000 serta trofi.

Program Dangdut Star dihoskan oleh pelawak Tauke Jambu dan trio De Fam yang bakal bersiaran bermula 27 April selama enam minggu, setiap hari Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Resepi Lasagna Confirmm Meleleh

Ahh lasagna. Rasanya yang pedas, pekat, creamy dan penuh cheese memang sukar untuk dilupakan.

Senang sahaja membuatnya. Ikuti empat langkah besar di bawah.

Langkah 1: Bahan-bahan

Bahan-bahan sos merah (sos daging)
1. Daging 400g – kalau nak tukar ayam pun boleh. Tapi saya biasa buat dengan daging saja.
2. Bawang Holand sebiji – potong dadu.
3. Cendawan 1 tin – hiris atau beli seperti dalam gambar.
4. Sos pasta – ikut suka nak pakai brand apa.
5. Sos cili 2 sudu.
6. Mix herbs/ lada hitam/ oregano – tak ada pun tak apa. Saya guna mix herbs je.
7. Minyak zaiton – saya pakai Mazola. Kalau tak ada pakai minyak masak biasa.
Bahan sos putih
1. Butter/marjerin 1-2 sudu.
2. Susu segar/ susu rendah lemak kotak besar.
3. Tepung gandum 2 sudu – tiada dalam gambar.
4. Keju cheddar 2 keping – brand apa pun boleh asal ada tanda halal.
Bahan-bahan lain1. Kulit Lasagna – apa-apa brand (beli yg instant senang. Tak payah rebus dulu.)
2. Cheese Mozzarella
3. Cheese Parmesan

Langkah 2: Sos Merah

1. Masukkan minyak.
2. Masukkan bawang holand. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan daging (sementara tunggu daging masak macam dalam gambar nombor 3 pergilah basuh pinggan ke apa ke.. hihi.)
4. Bila daging dah masak, masukkan cendawan. Selepas it masukkan sos pasta, sos cili, mix herbs/lada hitam dan oregano.
5. Perasakan dengan garam dan kalau suka letak sikit gula.
6. Kacau dan bila sudah masak macam dalam gambar nombor 6, boleh angkat dan ketepikan.

Langkah 3: Sos Putih

Cara buat sos putih (guna api sederhana perlahan, tidak perlahan sangat, asalkan susu tidak hangit).1. Cairkan butter/margerin-kalau tak ada guna je minyak masak.

2. Masukkan 2 sudu tepung gandum.
3. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan sekotak susu, 2 keping keju cheddar, perasakan dengan garam.
5. Kacau sampai agak pekat (jangan pekat sangat).
6. Siap.

Langkah 4: Lapiskan

1. Letak sikit sos merah pada loyang.
2. Letak kulit lasagna.
3. Letak sos merah.
4. Letak sos putih.
5. Letak keju Parmesan.
6. Letak keju cheddar- koyak-koyakkan.
(Ulang langkah 4-2 hingga 4-6 sampai ke lapisan ke 3 iaitu lapisan terakhir. Kalau nak buat 2 lapisan pun boleh).
7. Lapisan paling atas letak keju parmesan dan mozarella.
8. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-30 minit bergantung oven masing-masing.
9. Siappp.. dah boleh makan..

Siap!

18 Ciri Skim Jutawan Segera Yang Mesti Diketahui Semua


Skim Jutawan Segera!

Malaysia adalah syurga bagi Skim Jutawan Segera atau Skim Cepat Kaya yang menawarkan pelbagai jenis bentuk pelaburan. Apatah lagi skim pelaburan begini mempunyai ramai peminatnya untuk menjadi Jutawan segera! Walaupun Skim Cepat Kaya terdiri daripada pelbagai jenis namun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti berikut:

1. Pamerkan duit bertimbun-timbun daripada orang ramai masuk skim pelaburan. Jika tiada gambar ‘real’ boleh cilok dari internet.

2. Bergaya dengan kereta mewah. Cara bergaya terbaik ialah berdiri di atas bumbung kereta. Jika tiada kereta mewah maka bergaya dengan key chain kereta pun okay.

3. Tunjuk dapat cek ratus ribu ringgit. Jika tiada dapat cek macam tu boleh aje guna cek sendiri kemudian tulis nama sendiri. Tulis berapa ratus ribu income yang dihajati di atas cek.

4. Tunjukkan pulangan pelan ‘perniagaan’ atau pelaburan dengan jumlah yang tidak masuk akal iaitu 60% ke atas. Jika mahu jadi jutawan segera tidak cukup pulangan hanya 2%-3%.

5. Cara pelaburan ialah tidak perlu bersusah payah menjual produk. Hanya letak duit pelaburan sahaja. Kemudian pendapatan pasif akan muncul. Jika ahli mencari ahli baru atau menjual produk. Maka ia adalah seribu langkah lebih pantas untuk menjadi jutawan.

6. Mendakwa skim menjadi jutawan anjuran mereka ialah pelan berbentuk perniagaan dan bukan syarikat pelaburan. Walaupun sudah terang lagi bersuluh modus operandi ialah mengajak orang ramai melabur untuk menjadi jutawan.

7. Sentiasa berbangga syarikat mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sedangkan kedai mamak dan kedai runcit yang berdaftar dengan SSM tidak pun berbangga-bangga seperti mereka.

8. Berbangga dengan produk syarikat mempunyai sijil halal Jakim atau halal palsu. Produk halal tidak bermakna operasi syarikat adalah patuh syariah atau sah di sisi undang-undang.

9. Sentiasa pamerkan ahli syarikat yang berjaya menjadi jutawan. Pastikan di antara jutawan itu ialah ustaz atau orang agama. Ia membina persepsi jika orang agama masuk skim ini mestilah skim ini betul.

10. Semasa program latihan skim cepat kaya ini. Mestilah diulang-ulang perkataan JUTAWAN. Jika mahu kelihatan Islamik maka gunalah istilah JUTAWAN MUSLIM.

11. Pengaruh orang ramai melabur dengan jumlah yang besar supaya dapat menjadi jutawan dengan cepat. Galakkan bakal ahli baru meminjam duit daripada ahli keluarga atau membuat pinjaman peribadi di bank.

12. Pamerkan gambar jumlah duit masuk ke dalam akaun ahli. Ini menunjukkan syarikat tidak berbohong sama sekali. Lain kali mereka akan berbohong.

13. Sentiasa berbangga dengan ada surat perjanjian di antara ahli dan syarikat. Sedangkan surat perjanjian itu tidak menjelaskan sepenuhnya skim pelaburan dan banyak perkara yang kabur di dalamnya.

14. Berbangga ahli dan syarikat mempunyai perjanjian yang mati setem. Sedangkan sebelum ini banyak Skim Cepat Kaya yang ‘bungkus’ memiliki perjanjian yang mati setem dengan ahli. Perjanjian yang mati setem hanya untuk menguatkan sebagai bahan bukti di mahkamah. Perjanjian mati setem tidak bermakna syarikat itu tidak akan menipu.

15. Tunjuk kepada orang ramai bahawa terdapat ahli mereka terdiri daripada profesor, pensyarah, doktor, peguam, pimpinan masyarakat dan sebagainya. Ia membina persepsi skim cepat kaya mereka adalah betul.

16. Sentiasa pamerkan gaya hidup mewah ahli skim supaya ahli baru dan bakal ahli percaya dan beriman dengan pelan menjadi jutawan segera. Pamerkan gambar makan di restoran mewah, melancong di luar negeri, tengok movie tiket VVVIP dan sebagainya.

17. Jika orang ramai mempertikaikan skim pelaburan maka mereka akan melantik Penasihat Syariah bagi menasihati dan mengawasi operasi supaya patuh syariah. Walaupun sudah wujud Penasihat Syariah namun isu-isu syariah yang menjadi pertikaian masih juga timbul tanpa mendapat jawapan yang konkrit daripada Penasihat Syariah.

18. Sentiasa ulang-ulang bahawa masa dahulu hidup miskin dan terbuang. Boleh juga sebut masa dahulu kerja gaji ciput sahaja dan dipandang hina. Namun apabila masuk skim ini kehidupan mereka berubah 360 darjah.

Jika mahu melabur maka melaburlah di tempat yang patuh syariah dan dikawal oleh undang-undang. Jika mahu berniaga maka berniagalah dalam perniagaan yang sebenar. Skim Jutawan Segera hanya mimpi indah pada malam hari. Mimpi indah ini akan lenyap sebaik sahaja bangkit daripada tidur.


For Advertorial , Please Contact me : Email : teloritik1@gmail.com
© Telor Itik
Maira Gall