For Advertorial , Please email teloritik1@gmail.com

Saturday, May 28, 2016

Petua Kecantikan Nenek Moyang

Confirm korang semua masih ingat petua yang diajar oleh nenek moyang. Yang paling dipatuhi ialah PANTANG LARANG yang nenek moyang kita bagitahu. Antaranya, jangan duduk atas bantal , nanti naik bisul. TI rasa memang semua orang takut nak duduk atas bantal masatu. Tak ke susah kalau naik bisul. Lagi-lagi time nak duduk . Memang tak duduk lah jawabnya. Huahahaha.


Biasanya, petua-petua dari nenek moyang, insyaAllah berhasil sebab hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi je. No Chemical! 


Bagi TI if ada masalah, memang petua orang dulu-dulu je lah penyelesaiannya. 

Nak cantik? Ni TI nak kongsi petua kecantikan :)

PENJAGAAN KULIT MUKA
  • Nak kulit muka licin, tiap-tiap malam pakai bedak sejuk. ( yang ni nenek buat sendiri dengan beras, sekarang banyak dah jual dimerata-rata tempat )
  • Masa basuh muka setiap pagi baca selawat nabi, niat dalam hati nak sebersih muka nabi Yusuf, air diraut keatas. (nenek saya cakap kalau nak nampak berseri kenalah rajin ambik air sembahyang dan sembahyang, yang ni saya faham sebab dia nak kita jangan tinggal solat )
  • Kena rajin makan buah tomato, makan ulam-ulaman mentah. ( ulam-ulaman ni memang terbukti banyak khasiatnya )
  • Jangan selalu basuh muka bila cuaca panas, nanti cepat naik panau.
  • Masker pakai lendir lidah buaya.
  • Ambil air embun diwaktu pagi dan disapu kemuka ( yang ini saya tak pasti kenapa tapi biasalah orang tua-tua banyak petuanya )
  • Sesekali wapkan muka dengan air rebusan nasi yang sedang menggelegak.
  • Jerawat jangan dipicit dengan kuku. Ini boleh merosakkan kulit dan meninggalkan parut.

PENJAGAAN RAMBUT
  • Bunga raya yang bersih diramas sehingga keluar lendir, kemudian dicampur dengan telur ayam kampung. Sapukan pada rambut dan dibiar selam 10 minit baru dibilas. Boleh diamalkan seminggu sekali atau 2 kali.
  • Kalau selesai membasuh rambut , hanya ditekap-tekap dan diperah dengan tuala dan balut dengan tuala.
  • Jangan disikat rambut ketika basah dan dibiar kering secara semulajadi untuk mengelakkan rambut putus dan gugur.
  • Jangan diikat sewaktu lembab.

PENJAGAAN KULIT BADAN
  • Jangan terus mandi ketika badan sedang panas.
  • Elak mandi air panas, untuk mengelakkan kulit kering.
  • Rajin-rajin sental badan ( dulu-dulu nenek suruh saya sental dengan batu sungai untuk hilangkan daki dibadan )
  • Kalau ada luka di kulit badan , jangan di balut, hanya sapukan ubat dan dibiar terbuka supaya luka cepat kering.
  • Kadang-kadang nenek saya rajin buatkan air bunga-bungaan , untuk mengharumkan bau badan.

BIBIR MERAH
  • Sapu madu asli dibahagian bibir setiap malam.

1 comment

For Advertorial , Please Contact me : Email : teloritik1@gmail.com
© Telor Itik
Maira Gall